Books and Monographs

Permanent URI for this collectionhttps://dspace7.marcai.cloud/handle/123456789/3

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 1 of 1
  • Item type: Item ,
    Komponen makna leksikal dalam bahasa Melayu dialek utara
    (Universiti Putra Malaysia, 2024-06) Zul Hanis bin Yop Othman; Sharil Nizam bin Sha'ri, PhD; Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD; Salina binti Husain, PhD; Zalilah Mohd Shariff, PhD
    Pentakrifan makna leksikal dialek menimbulkan masalah kepada pengguna kerana berlaku kekeliruan akibat kesan ketaksaan makna, kelingkaran makna dan pertumpangtindihan makna dalam mentafsir sesuatu entri atau subentri dan frasa termasuklah Dialek Utara (DU). Objektif kajian untuk mengenal pasti entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4), menganalisis entri DU yang mempunyai kekaburan makna berdasarkan pentakrifan dalam KD4 dengan menggunakan Teori Analisis Komponen Makna (1975) dan menilai pentakrifan makna baharu berdasarkan persamaan atau perbezaan fungsi entri DU dalam KD4. Sebanyak sepuluh entri DU dalam KD4 dipilih sebagai data kajian, iaitu bertokoh, menabuh, tik, tera, pekin, pelau, menghadi, tengin, tangu, dan lempi. Metodologi kajian adalah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini melibatkan 30 orang respondan dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Bandar Baru Selayang, Selangor melalui kaedah temu bual. Hasil dapatan menunjukkan terdapat temuan pentakrifan makna baharu dari data lapangan yang ditemu bual dengan penutur jati DU. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menambah bahan rujukan kepada para ilmuwan tentang bidang kajian penelitian komponen makna leksikal dalam dialek, khususnya DU.